CALON BAGI KATEGORI SRS PALING AKTIF PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2009

INGIN MENDAFTAR SEBAGAI ANGGOTA ?

Kepada semua penduduk yang tinggal dalam Kawasan Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya, anda adalah dijemput untuk bersama kami dalam skim ini. maklumat lanjut sila hubungi Penyelaras (En. Jalaludin Hj Mohd Tapi) di 0172114764

Preview Aktiviti SRS Kg Malaysia Raya

Monday 8 March 2010

Latar Belakang Kawasan yang diwartakan

LATAR BELAKANG NAMA KAMPONG

Nama kampong ini diberi bersempena dengan nama sebuah Kapal “MALAYSIA RAYA” yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia pada ketika itu untuk membawa jemaah Haji daripada Malaysia ke Mekah.
Nama ini telah diabadikan bersempena nama tersebut apabila kapal yang dimaksudkan itu terbakar dan tidak diteruskan perhidmatannya pada tahun 1973. Sejak daripada itu Kapalterbang telah digunakan bagi pengurusan Jemaah Haji kita.

LOKASI

Kampong Malaysia Raya terletak di kilometer 4, Jalan Sg Besi (Lebuhraya BESRAYA) dan terletak dikawasan seluas 15 ekar . (200 meter X 150 meter) atau kira-kira 30,000 metre persegi.

MAKLUMAT SETEMPAT

Parlimen Pilihanraya P124 Bandar Tun Razak
Diwakili: YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR)

Jumlah rumah: 210 buah termasuk rumah Sewa daripada 74 Lot kesemuanya

Penduduk: 99% Melayu dan sekitar 2, 500 orang kesemuanya.

Pekan Terdekat: Salak South Garden, Bandar Tasik Selatan, Seri Petaling, Desa Petaling & Pekan Sg. Besi

Ketegori Pendapatan: Perbagai Profesion

Sempadan:
(Utara) Kg Malaysia Tambahan
(Timur) Kg Malaysia Tambahan
(Barat) Hiway/ Lebuhraya BESRAYA
(Selatan) Lombong tinggal

Pekan Terdekat:
(Utara) Salak South Garden
(Timur) Bandar Tasek Selatan
(Barat) Bandar Seri Petaling
(Selatan) Pekan Sungai Besi

Kemudahan Asas:
Bekalan Elektrik, Bekalan Air, Telefon, Jalan Raya, Lampu Jalan, Surau, Dewan Orang Ramai dan Padang Permainan Kanak-kanak.

Agensi Kerajaan :
Kementerian Kesihatan:
» Klinik Kerajaan di Pekan Sungai Besi
Kementerian Pertahanan:
» Pengkalan Tentera Darat Sungai Besi
Kementerian Dalam Negeri:
» Balai Polis Salak Selatan Baru
» Balai Polis Sungai Besi
» Pusat Serenti PERSADA

Kementerian Pendidikan:
» Terdapat 10 Sekolah Ren / Men.
dikawasan sekitar 1 km berdekatan &
» Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kementerian Buruh:
» Inst. Lat. Perindustrain Jalan Kuchai Lama

Kem. Perumahan & Kerajaan Tempatan:
» Balai Bomba Sungai Besi

Kementerian Belia & Sukan:
» Kompleks Sukan Bukit Jalil

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):
» Pej. Cawangan DBKL Seri Petaling
» Pej. Penjaja Kecil DBKL Pasar Sg. i Besi



G. KES- KES YANG DITANGANI SRS / INDEKS JENAYAH

Sejak tertubuhnya Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini, anggota telah melalui berbagai pengalaman yang diantara lainnya seperti berikut:

i. Meleraikan pergaduhan antara individu
ii. Menjadi perantara bagi masalah antara 2 jiran (isu pakir kereta, Sampah dll)
iii. Menangkap Peragut dan membenteras ”Mat Rempit”
iv. Mengawal majlis peringkat kampung dari espek keselamatan
v. Operasi benteras PATI
vi. Operasi bersama AADK benteras Salahguna Dadah
vii. Mengadakan perhubungan/jaringan dengan organisasi sekitar dari espek keselamatan setempat
viii. Kerjasama dengan pihak JAWI dalam menanggani kes-kes khalwat dan aktiviti tidak bermoral.

No comments:

Post a Comment

Untuk mendapatkan maklumat aktiviti KRT Kg Malaysia Raya

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.

Tengah Operasi