CALON BAGI KATEGORI SRS PALING AKTIF PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2009

INGIN MENDAFTAR SEBAGAI ANGGOTA ?

Kepada semua penduduk yang tinggal dalam Kawasan Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya, anda adalah dijemput untuk bersama kami dalam skim ini. maklumat lanjut sila hubungi Penyelaras (En. Jalaludin Hj Mohd Tapi) di 0172114764

Preview Aktiviti SRS Kg Malaysia Raya

Monday, 8 March 2010

SRS KAMARA

Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di yang telah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988. Dan telah mendapat kelulusan rasmi pada tahun 2004.
Skim ini dikendalikan oleh sebahagian besar Ahli Jawatankuasa dan aktivis penduduk setempat dengan mengutamakan espek keselamatan serta rondaan yang dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di keseluruhan kawasan rondaan yang telahpun diwartakan.

Skim Rondaaan Sukarela, Kg Malaysia Raya (SRS KAMARA) dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang semakin meningkat pada masa sekarang. Ini lebih ketara lagi apabila pembangunan sekeliling kawasan KRT Kg Malaysia Raya ini pesat dibangunkan oleh Kerajaan mahupun swasta.

Sehingga Disember 2009 seramai 39 orang telah mendaftar sebagai Sukarelawan yang dimaksudkan dan berjaya membantu KRT dalam menjayakan segala aktiviti penduduk setempat selain menjaga keselamatan sehingga menjadikan KRT Kg Malaysia Raya diterima baik oleh penduduk serta masyarakat setempat.

Pengenalan

Sejak peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan, Peranan SRS KAMARA sememangnya menjadi buah mulut penduduk. Selain menjaga keselamatan, penglibatan anggota SRS adalah juga seumpama pasukan penanggah kampong dalam menjayakan semua aktiviti kemasyarakatan setempat.
Matlamat

Keujudan KRT di Kg Malaysia raya telah disambut baik oleh kepimpinan Masyakat pada awal penubuhannya pada awal tahun 2003 yang lalu. Permohonan bagi menubuhkan SRS pula menyusul beberapa bulan berikutnya dan telah mendapat kelulusan segera oleh pihak JPNIN Negeri berdasarkan latar belakang masyarakat setempat yang komited. Ini kerana, Kg Malaysia Raya menerusi Persatuan Penduduk sememangnya menjalankan aktiviti kawalan khususnya sepanjang bulan Ramadhan sejak 4 tahun sebelumnya. Jesteru itu, kehadiran SRS dapat diibaratkan seumpama

“sudah mengantuk disorongkan bantal” Disamping Keselamatan, SRS telah Berjaya merapatkan dan menjadi penghubung organisasi KRT dengan penduduk serta agensi kerajaan yang berurusan dengan organisasi penduduk yang lain.

Aktiviti selain meronda menjaga keselamatan

1. Gotong-royong membersih kawasan kampung
2. Gotong-royong membersih Tanah Perkuburan bersama PDRM
3. Menyediakan kawalan keselamatan semasa acara/aktiviti kampung
4. Menyertai pertanding bowling anjuran JPNIN
5. Menyertai Krusus dan bangkel anjuran JPNIN dan Agensi Kerajaan
6. Mengadakan Lawatan sambil belajar ke KRT lain diluar KL
7. Menjalinkan kerjasama dengan SRS/Rela/PDRM serta agensi lain

B. PUSAT RONDAAN SUKARELA

Dewan Kg Malaysia Raya adalah Pusat Utama bagi sebarang aktiviti SRS KAMARA. Ini termasuklah bagi tujuan:
a) Bermesyuarat
b) Sessi Kaunseling dengan mereka yang tertuduh
c) Taklimat kepada wakil agensi/pelawat &
d) Bahan/Dokumen Pentadbiran SRS

Terdapat 3 lagi Pos Kawalan yang didirikan dengan peruntukan Agensi kerajaan yang lain serta sumbangan individu sebagai bukti komitment sokongan dan pengiktirafan mereka terhadap sumbangan SRS kepada komuniti.

a) Pos 1 – Terletak di Jalan masuk Utama ke Kg Malaysia Raya
(Bekalan Letrik/Air disediakan. Makan/minum disediakan disini setiap malam. lapor diri serta taklimat operasi harian dijalankan disini . Alat-alat yang perlu ada di pusat rondaan seperti Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga ada disini)

b) Pos 2 - Terletak berhampiran Dewan KAMARA
(Bekalan Letrik/Air disediakan malah kemudahan Wifi disediakan 24 jam. berperanan sebagai “Check point” )

c) Pos 3 - Terletak di Dataran KAMARA
(Bekalan Letrik/Air disediakan malah kemudahan Wifi disediakan 24 jam. berperanan sebagai “Check point” )

No comments:

Post a Comment

Untuk mendapatkan maklumat aktiviti KRT Kg Malaysia Raya

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.

Tengah Operasi